Pada 21 Julai 2010, saya telah menghadiri kuliah SMP 2252 yang telah di ajar oleh En. Amran. Kuliah bermula dengan topik soundscape di mana kami di minta untuk mengenalpasti bunyi dari rakaman soundscape yang diperdengarkan. Melalui kaedah tersebut saya dapat menilai sesuatu bunyi dengan lebih terperinci. Sebagai pelajar muzik perkara seperti ini amatlah penting kerana memerlukan deria pendengaran yang tajam bagi menentukan sesuatu kualiti muzik yang di hasilkan. Jika sebelum ini saya hanya mendengar muzik hanya untuk berhibur, tetapi setelah mempelajarinya secara serius saya mula memahami apa sebenarnya yang perlu ada dalam muzik itu sendiri. Ia melibatkan pendengaran untuk menumpukan dan mengesan pelbagai bunyi yang digabungkan serentak.
Selain itu, saya didedahkan dengan apa yang dimaksudkan dengan budaya muzik. Budaya muzik pula berbeza beza melalui keluarga, komuniti, daerah, negeri atau negara. Budaya muzik dapat diperkatakan sebagai sesuatu yang diturunkan dari satu generasi ke generasi megikut budaya komuniti masing masing. Komponen budaya muzik juga adalah berbeza, sesetengahnya mempunyai unsur kepercayaan dan nilai estatikanya yang tersendiri mengikut fahaman dan tanggapan masing masing. Kepelbagaian warisan budaya dan kaum di Malaysia paling ketara dilihat pada jenis-jenis muzik dan tarian yang terdapat di sini.Tarian kaum Melayu, Orang Asli serta beberapa suku kaum penduduk di Sabah dan Sarawak benar-benar eksotik dan menawan. Setelah sekian lama kaum Cina, India dan Portugis menetap di Malaysia, tarian-tarian tradisi negara asal mereka juga menjadi sebahagian daripada warisan dan budaya Malaysia.
Seterusnya pembelajaran diteruskan mengenai sejarah muzik traditional. Sebelum ini, saya memang tidak mengetahui apa-apa mengenai sejarah muzik traditional Malaysia. Pendedahan yang saya terima juga kurang mengenai muzik ini. Saya hanya mengetahui serba sedikit tentang keroncong melalui rakan-rakan dan ghazal setelah menyertai bengkel ghazal yang di anjurkan oleh pihak MAKUM. Tetapi setelah saya mengikuti kelas ini, barulah saya ketahui sebenarnya banyak lagi seni muzik traditional yang saya tidak ketahui contohnya seperi rodat dan dabus. Keunikan ini membuatkan saya seperti mahu mempelajarinya dengan lebih mendalam jika di beri peluang. Kerana bagi saya muzik traditional ini tidak harus dipinggirkan malah harus di ketengahkan terutamanya kepada generasi muda.
Kemudian pelajaran di sambung mengenai alat - alat muzik terdiri daripada 4 kategori iaitu Kordofon, membranofon, aerofon dan membranofon. Kemudian saya di terangkan lagi dengan struktur dan konsep muzik iaitu melodi, ritma/meter, harmoni, form, notasi dan tafsir. Semua pelajaran ini pernah saya pelajari dan fahami terlebih dahulu kerana saya merupakan pelajar muzik. Tetapi masih banyak lagi yang harus saya pelajari terutama mengenai struktur dan konsep muzik kerana ia agak meluas. Dengan mengikuti kelas ini, saya rasa saya akan memahaminya dengan lebih mendalam lagi.
Akhir kata, saya harap dengan mengikuti kelas Muzik tradisional Malaysia ini saya dapat menambahkan lagi ilmu saya mengenai muzik tradisional kerana banyak lagi muzik-muzik tradisional yang belum saya dengar dan pelajari. Minat untuk mempelajari tentang muzik tradisional semakin menebal dalam diri saya. Di sini juga saya ingin berkongsi gambar sewaktu saya menyertai bengkel ghazal.