Minggu 7 bermulah minggu pembentangan bagi kami. Apa yang lebih teruja, pada minggu pertama pembentangan, kumpulan kami adalah kumpulan pertama membuat pembentangan. Topik yang kami terima ialah Keroncong.
Alhamdulillah, tugasan kami berjalan dengan lancar berkat kerjasama kami satu kumpulan, ditambah pula dengan bantuan pemain-pemain keroncong Upsi yang banyak membantu kami dalam memberikan maklumat. Kami begitu bertuah kerana mereka semua banyak membantu dan tidak lokek untuk memberi ilmu. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada En. Amran kerana banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kami dalam menghasilkan tugasan ini.
Berkat usaha semua, akhirnya pembentangan kami dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan dengan lancar...
Pembentangan diteruskan oleh kumpulan kedua yang membentangkan tentang Kuda kepang. Tarian kuda kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Alat-alat muzik yang terdapat di kuda kepang ini ialah gendang Jawa, Jidur, Saron peking, Gong, Kenong kuda kepang, Angklung dan Bonang. Kostum bagi pemain kuda kepang adalah pakaian tradisi Jawa Kuno, seluar dijahit dengan batik Jawa dan ketopang atau tengkolok. Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka. Sebelum bermula, tok bomoh akan menjalankan upacara seperti membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberi tenaga kepada kuda-kuda. 25 orang pemain kuda kepang diperlukan untuk persembahan tersebut.
Saya amat tertarik dengan pembentangan kumpulan ini yang telah membuat kajian lapangan di Batu Pahat Johor. Banyak maklumat ynag mereka perolehi dan dapat dikongsikan bersama kami. Walaupun terdapat pengharaman terhadap kuda kepang tetapi bagi pendapat saya seni ini tidak patut di tinggalkan. Kita patut memertabatkan seni budaya yang terdapat di negara kita. Kita tidak perlu ambil unsur-unsur spritual yang ada, tetapi kekalkanlah seni yang terdapat pada tarian kuda kepang itu sendiri.
Tahniah kepada kedua-dua kumpulan kerana telah berjaya membuat pembentangan dengan begitu baik sekali..Tidak sabar rasanya untuk mendengar pembentangan yang seterusnya...
0 comments:
Post a Comment