Tuesday, August 24, 2010

MINGGU 6 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum, salam sejahtera...

Kita masih lagi dalam bulan Ramadhan, dan sesi pembelajaran sudah masuk ke minggu yang ke-6. Pelajaran kami pada minngu ini ialah mengenai makyung dan kompang. Untuk kompang mungkin sedikit ringan bagi saya untuk memahaminya kerana saya pernah mempelajarinya sebelum ini, tetapi makyung memang tidak begitu dekat dengan saya dan saya berasa teruja untuk memepelajarinya.

Objektif pelajaran pada minggu ini ialah sejarah makyung dan kompang, persembahan dan alalat muzik, muzik makyung dan kompang (melodi, bentuk dan irama. Pelajaran diteruskan dengan mempelajari tentang makyung. Makyung sebenarnya adalah didalam kategori bentuk Seni lakon sama seperti Menora, mekmulung dan jikey. Didalam makyung, dialog, tarian, muzik vocal dan instrumental adalah diberi keutamaan.

Makyung berasal dari patani. Tersebar luas di Semenanjung MAlaysia, Medan dan kepulauan Riau Lingga di Indonesia. 200 tahun kemudian dipindah ke Kelantan dan terus dibawa ke Kedah. Persembahan Makyung dibahagikan kepada dua iaitu:-

~ Tujuan Ritual
~ Tujuan Persembahan

Tujuan ritual dipersembahkan melaui Main puteri untuk tujuan penyembuhan penyakit. Ia juga persembahan sebagai sembah guru. Manakala tujuan persembahan mestilah lantai panggung didirikan beberapa kaki dari atas tanah, beratap dan beruang di tengah-tengah panggung. Pemuzik dan pelakon yang mengambil peranan sebagai korus duduk di tepi lantai.

Antara lahu-lagu yang terdapat dalam Makyung ialah:-

~ Mengadap rebab
~ Kijang emas
~ Lagu Sindung

Mengadap rebab adalah lagu terpanjang serta mengiringi nyanyian dan tarian Pak Yung Ia merupakan simbol penghormatan kepada Rebab dan merupakan semangat Makyung. Kijang Mas pula adalah lagu selepas mengadap rebab. Dinyanyikan oleh Kumpulan Korus dalam keadaan gembira. Lagu sindung pula dinyanyikan Pakyung apabila ingin memberikan arahan kepada peran.

Alat muzik utama Makyung ialah sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab 3 tali. Tambahan alat ialah serunai, geduk dan canai.
Rebab memainkan melodi utama. Ia dalam kategori kordofon. Muka badan menggunkan kulit perut lembu. Bonggol kecil dipanggil SUSU diperbuat daripada lilin lebah berfungsi meredam bunyi.

Bentuk dan struktur lagu-lagu makyung ditentukan dalam sistem gongan. Ia dikawal oleh tetawak. Irama menggunakan 4 timbre. Gaya meningkah dan hampir semua lagu makyung bertempo perlahan.














Seterusnya ialah Kompang. Kompang berasal dari kebudayaan Arab di Asia Barat (Timur tengah). Kompang juga dikenali sebagai dufuf, daff, duff, tar ayau bendir. Di Indonesia pula dipanggil terbang atau rebana. Fungsi kompang pada masyarakat Melayu ialah untuk meraikan perkahwinan, majlis keraian Islam, Maulidulrasul dan Berkhatan. Bagi masyarakat sosial kini kompang berfungsi untuk menyambut ketibaan pemimpin atau acara rasmi.

Terdapat beberapa adab yang perlu dipatuhi untuk bermain kompang iaitu pakaian amat dititikberatkan, tidak boleh melentangkan kompang, tidak boleh melambung kompang dan tidak boleh meletakkan arah kulit muka kompang ke lantai.

Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis. Antara jenis-jenis kompang ialah
  • Kompang Hadrah (Negeri Perak)
  • kompang Johor/ Jawa
  • Kompang Eizhar (Negeri Selangor)
  • Kompang Kelalang (Negeri Melaka)
Kompang juga boleh didapati dalam pelbagai saiz antaranya;-
  • 30 cm- 12 tahun dan ke bawah
  • 32.5 cm - 13 dan 14 tahun
  • 35 cm - 15 dan 16
  • 37.5 cm dan 40 cm - Orang dewasa
Terdapat 3 jenis pukulan atau paluan. Setiap paluan ini mempunyai fungsi paluannya tersendiri. Fungsi paluan ini adalah seperti berikut:
  • Kumpulan melalu memainkan rentak asas
  • kumpulan Menyilang memainkan rentak silihan (up beat) kepada pukulan Melalu
  • Kumpulan meningkah menjadi penghias rentak yang dimainkan paluan antara kumpulan Melalu dan Menyilang.




Di akhir kelas kami beramai-ramai dapat mencuba sendiri dan merasai sendiri bagaimana bermian kompang. Kami memainkan lagu madu tiga..terima kasih En. Amran....~~

*Bersedia untuk presentation...=)

0 comments:

Post a Comment

 

Blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

SMP2252redzuan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template