Saturday, August 14, 2010

MINGGU 5 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum, salam sejahtera...

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani Ibadah puasa kepada semua...Kelas pertama pada bulan puasa berjalan seperti biasa. Pada minggu ini topik sedikit ringan bagi kami pelajar-pelajar muzik kerana kami pernah mempelajarinya sebelum ini, namun masih banyak lagi yang harus kami pelajari dan dalami. Topik pelajaran kami pada minggu ini ialah tentang gamelan dan caklempong.

Pelajaran di mulakan dengan mempelajari apakah itu gamelan. Objektif kuliah pada minggu ini ialah untuk mengetahui tentang sejarah dan jenis-jenis gamelan, alat muzik gamelan dan sistem tonal, melodi, bentuk dan tekstur. Gamelan wujud semenjak T.M 1. Alat gamelan pertama yang dicipta ialah gong. Perkataan Gamelan berasal dari bahasa jawa yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Alat muzik gamelan diperbuat daripada perunggu dan kayu dan juga dari besi dan buluh.

Terdapat 2 jenis gamelan iaitu
  • gamelan melayu
  • gamelan jawa
Gamelan melayu disebut juga gamelan terengganu dan lebih dikenali sebagai joget gamelan. Ia wujud di istana Riau Lingga pada abd ke 18. Muzik gamelan melayu/terengganu adalah lebih mudah dibandingkan dengan muzik gamelan jawa. Set alat gamelan Terengganu mengandungi 7 alat iaitu
  • gendang
  • bonang/keromong
  • saron barung
  • sarun penerus/pekin
  • gambang
  • kenong
  • gong
Lagu-lagu gamelan melayu yang selalu dimainkan ialah timang burung, lambang sari dan bermacam-macam lagi.

Gamelan jawa pula adalah dalam ketegori muzik bentuk tarian utama dan ia berasal dari pulau jawa tengah. Di bahagian selatan semenanjung malaysia, berbagai-bagai bentuk tarian dan wayang jawa masih dipersembahkan dengan iringan gamelan jawa.

Set alat gamelan jawa adalah lebih banyak dan permainannya lebih kompleks. peralatannya mengandungi 9 alat berikut iaitu
  • gendang(ketipung, jiblon, bem)
  • bonang/keromong
  • demung
  • saron barung
  • saron penerus/pekin
  • gambang
  • kenong
  • kempol
  • gong



Caklempong dikenali sebagai telempong, tak lempong atau talempong. Ia berasal dari minangkabau dan banyak mengiringi nyanyian, tarian lilin, pencak silat, majlis perkahwinan dan keramian.

Alat muzik caklempong terdiri daripada gereteh, tingkah, sauwa/saua, gendang, bangsi dan serunai.
  • gereteh - terdiri dari 15 biji bonang yang disusun dalam nada C Major oktaf, ternasuk 7 not pilihan.
  • tingkah - Terdiri daripada 8 biji bonang yang bermula dari note E, F, G, A, Bb, B, C dan D
  • Sauwa/saua - 8 biji bonang. Bentuknya sama sahaja dengan caklempong tingkah.
  • Gendang ibu dan anak - terdapat dalam 2 saiz. Gendang ibu lebih besar 2 sentimeter lebij daripada gendang anak.
  • Bangsi - Berbentuk seperti rekorder. Diperbuat daripada buluh dengan 7 lubang jari, yang dapat menghasilkan skel 7 pic yang berpadanan dengan nada gereteh.
  • Serunai - Terdiri daripada pupuik gadang dan pupuik tanduk. Membawa melodi yang sama dengan caklempong gereteh.


0 comments:

Post a Comment

 

Blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

SMP2252redzuan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template