Monday, August 2, 2010

MINGGU 3 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum,,,,

Untuk pembelajaran minggu ke tiga ini sedikit berbeza kerana bertempat di bilik Brassband. Lebih selesa tetapi sukar untuk mendapatkan internet,hehehe...Walau apa punpelajaran tetap di teruskan seperti biasa.

Pelajaran pada minggu ini adalah berkaitan dengan kaedah klasifikasi muzik tradisional malaysia, kategori muzik tradisional malaysia dan ciri-ciri muzik tradisional malaysia.

Pelajaran dimulakan dengan memahami apakah itu adaptational dan idiosyncratic. Dua istilah yang baru saya pelajari. Apa yang saya fahami, adaptational ialah penyesuaian. penyesuaian sesuatu mengikut negara masing-masing. Contohnya di Malaysia, Arab dan Indonesia. Jika di Malaysia ada ghazal, di Arab ada Baladi dance dan di Indonesia Orkes Gambus. walaupun bentuk muziknya hampir sama tetapi penyesuaiannya adalah mengikut negara masing-masing. Manakala idisyncratic ialah cara atau gaya tersendiri dan sulit. Walaupun alat atau apa sahaja yang datang dari luar, tetapi apabila sampai di negara kita, kita akan ubahnya mengikut gaya atau cara negara tersebut.

Klasifikasi alat muzik barat terbahagi kepada tiga kategori iaitu perkusi contohnya drum, bongo. Bertali contohnya gitar, violin dan alat alat tiupan. Tiupan terbahagi kepada dua iaitu tiupan kayu seperti flute, alto sax dan brass seperti trumpet, trombone.

Pelajaran diteruskan dengan topik ciri-ciri utama dalam muzik tradisional. Terdapat dua jenis tradisi muzik iaitu tradisi besar (budaya klasik / istana ) dan tradisi kecil (budaya rakyat).
Terdapat empat kategori utama iaitu muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkretik dan muzik kontemporari. Sebelum ini saya tidak mengetahui apakah itu muzik sinkretik Kini barulah saya faham, muzik sinkretik terhasil daripada pertembungan budaya contohnya muzik rakyat bertembung dengan muzik klasik.

Terdapat enam ciri muzik tradisionla malaysia iaitu
  • bentuk seni lakon utama
  • bentuk tarian utama
  • ensembel genderang
  • vokal dan instrumental solo
  • ensemble sosial popular
  • ensemble lain
Kini barulah saya mampu untuk membezakan ciri-ciri ini mengikut seni dan muzik yang terdapat di Malaysia.

~ uniknya Malaysia~

1 comments:

Nurhanis Zahidah Hashim on August 2, 2010 at 7:37 AM said...

betul tu...Malaysia memang unik..

Post a Comment

 

Blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

SMP2252redzuan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template