Seperti biasa, seperti minggu-minggu yang sudah , kita akan di minta untuk mengulas tentang pelajaran yang telah kita pelajari pada minggi ini. Kelas juga seperti biasa diadakan di ilik brassband.
Pelajaran dimulakan dengan kami ditayangkan dengan beberapa video yang bertajuk 'shadowland'. Video tersebut amat menarik minat saya, kerana sebelum ini saya pernah mendengar tentangnya terapi masih belum berkesempatan menonton. Ianya begitu menarik, dengan hanya berlatarbelakangkan bayang-bayang, tetapi hasil yang di tunjukkan begitu menakjubkan. kretif! Di sebalik keasyikan kami menonton, barulah saya ketahui, idea asal tercetusnya video tersebut adalah berasal dari wayang kulit. Itulah topik kami pada minggu tersebut.
Objektif kuliah pada minggu ini ialah tentang jenis wayang kulit, alat-alat muzik wayang kulit dan perbezaan antara wayang kulit. Kuliah ini diteruskan dengan topik muzik wayang kulit. terdapat beberapa elemen yang perlu dititikberatkan dalam menghasilkan muzik wayang kulit iaitu seni muzik, hikayat, lakunan, pengetahuan agama dan seni lukis atau ukir. Seni untuk membuat patung wayang sahaja memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi. Dalang dan panjaknya pula perlu menghafal 35 buah lagu.
Mungkin ada segelintir daripada kita hanya mengetahui tentang wayang kulit kelantan sahaja. Tetapi sebenarnya terdapat 4 jenis wayang kulit yang terdapat di negara kita, iaitu
- wayang kulit jawa
- wayang gedek
- wayang kulit melayu
- wayang kulit kelantan
keempat-empat wayang kulit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dan dipengaruhi oleh negeri atau negara tempat ia berasal.
Wayang kulit jawa di kenali juga sebgai wayang purwa dan berasal dari Indonesia. Ia banyak di persembahkan di Johor dan Selangor. Iringan muziknya pula menggunakan gamelan jawa. Pada dasarnya, patung-patung wayang kulit ini menyerupai patung wayang kulit kelantan , tetapi yang membezakannya adalah pada bentuk mata patung dan kedua-dua sendi patung wayang kulit jawa boleh bergerak.
Wayang gedek pula berasal dari Utara semenanjung Malaysia iatu Perlis dan Kedah. Ia banyak menggunakan campuran bahasa Thai dan tempatan. Wayang kulit ini juga dominan dengan pengaruh siam. Patung-patung yang dihasilkan mempunyai pengaruh Nong Talung baik dari segi ukiran, pakaian, hiasan dan seumpamanya. Alat muzik yang digunakan ialah serunai, geduk, gedombak, canang, kesi kecil dan cing.
Wayang kulit melayu ada sedikit persamaan dengan wayang kulit jawa kerana ia juga berasal dari Indonesia dan juga dikenali sebagai wayang purwa. Ia banyak dipersembahkan di istana Patani. Watak patung-patung wayang ini mudah untuk dikenalpasti iaitu mengikut kedudukan kepala. Watak baik akan menundukkan kepala ke bawah, manakala watak jahat lazimnya berhidung besar dan mendongak ke atas. Alat muzik yang di gunakan ialah Gong, canang, mong, kesi, gendang dan rebab.
Seterusnya ialah wayang kulit kelantan. Wayang kulit kelantan merupakan teater rakyat yang sangat popular. Antara penceritaan yang popular ialah cerita melayu, cerita panji dan cerita tempatan. Patung wayangnya pula diukir dlam bentuk mengiring dan kebanyakannya berdiri di atas kenderaan. Bahasa yang di gunakan ialah dialek melayu kelantan yang mempamerkan pengaruh patani. Alat muzik yang digunakan pula ialah tetawak, canang, kesi, gedung, geduk, gedombak, mong, serunai dan pemetek.
Topik yang sangat menarik untuk di kaji dan dipelajari. Rugi jika kesenian ini di pinggirkan.
1 comments:
ulasan yang menarik redzuan...!! topik yang menarik..:)
Post a Comment