Saturday, October 30, 2010

MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI

Sedar atau tidak kita sudah sampai ke minggu ke 14, ini bermakna ini adalah minggu terakhir dan selepas ini, kami semua akan menduduki perperiksaan akhir. Segala ilmu yang diperolehi akan kta curahkan untuk perperiksaan dan akan kite simpan untuk rujukan di masa hadapan.

untuk minggu yang terakhir ini kami telah diterangkan serba sedikit mengenai Tarian Singa. Saya sendiri pernah melihat tarian singa ini. Tarian ini sangat hebat kerana memerlukan tenaga fizikal yang kuat untuk menggerakkan singa tersebut. Saya sangat kagum dengan persembahan tarian singa.

Akhirnya setelah 14 minggu kite berjuang , kini tamat sudah semuanya. Segala penat lelah kita berbaloi selama ini, setelah semua tugsan siap dengan jayanya. Pada mata kasarnya memang agak membebankan, tetapi segala yang diberikan ini adalah untuk kepentingan kita kelak. Apa yang paling seronok untuk saya adalah akhirnya saya dapat mempelajari cara membuat blog, kerana sebelum ini saya terfikir bagaimana seseorang itu boleh membuat blog nya sendiri. Terima kasih En. Amran kerana memberi pendedahan ini kepada saya dan rakan-rakan. Pada pendapat saya perkara sepatutnya diteruskan untuk para pelajar akan datang.

Dengan wujudnya blog, saya dapat bertukar-tukar pendapat dengan rakan dan pensyarah sendiri. Ini memerlukan skill kemahiran berfikir dan dapat mempelajari sesuatu yang baharu. Nota-nota, pembentangan dan menjawab soalan boleh di buat melalui blog, mudah tapi kadang kala agak sukar apabila internet masalah, tapi semua itu dapat di atasi dengan tenang. Oleh itu, bagi saya penggunaan ICT melalui blog ini sangat menakjubkan dan teknik sebegini boleh di gunakan oleh para guru untuk tujuan pembelajaran yang baharu. Selain itu, penggunaan blog ini juga membolehkan kita berinteraksi dan meluahkan pendapat, bertanya soalan serta sebagainya.

Untuk semua kumpulan, tahniah atas pembentangan dan kajian yang dibuat..semuanya menarik dan pengorbanan anda semua pasti berbaloi-baloi~~
Pasti kenangan semasa membuat kajian lapangan adalah kenangan yang paling berharga.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua rakan-rakan dan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah En Amran atas tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan selama ini. Ia nya sangat berguna.. Kelas juga sangat menyeronokkan, kerana kami semua boleh bertukar-tukar pendapat dan pandangan..
Semoga kita semua berjumpa lagi.....


Teruskan Membaca...

MINGGU 12 : JURNAL REFLEKSI

Assalamuailaum dan Salam sejahtera...Minggu ini kelas di mulakan dengan ujian pendengaran. Masing-masing berusaha untuk menjawab yang terbaik..

Kuliah minggu ini adalah mengenai Gendang 24 musim.. bunyinya agak janggal, tapi muzik ini wujud di Malaysia. Gendang 24 musim ini dikatakan telah diasaskan oleh seorang guru muzik yang bernama Encik Wei Chong di Johor Bharu pada 12 jun 1988. Peralatan telah di import atau dibeli dari negara China. Gendang 24 musim ini juga berasas kepada musim pertanian di Negara China. Nama musim itu ditulis pada gendang dengan kaligrafi Cina. Musim besar iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur, dan musim dingin dihabagikan kepada enam musim kecil. Musim kecil ini berkait dengan jadual perkerjaan petani di negara China. Mengikut kalendar China, petani tahu masa mereka patut membajak tanah, menyemai, menuai, damn aktiviti-aktiviti pertanian yang lain. Kareorafi pergerakan pemuzik juga mengikut aksi-aksi pertanian dan mempamerkan susasana meriah.

Alat muzik yang digunakan pula ialah 24 buah gendang Shigu, iaitu drum tarian Singa. Terdapat juga menggunakan gendang longgu. gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan warna ton istimewa. Gendang ini juga mempunyai Konsep Jie Qi dimana dijadikan panduan buat petani.




Pemain drum pula akan memakai kostum tradisional lelaki Cina. Selain itu juga mereka memakai topeng, bendera berwarna warni dan kain panjang berwarna. Persembahan ensembel ini tidak terhad kepada perayaan besar kaumCina sahaja, malah turut dipersembahkan dalam majlis-majlis raja kerajaan.

Gendang 24 musim ini harus diketengahkan kerana ia mempunyai keunikannya yang tersendiri sama seperti muzik-muzik lain...
Teruskan Membaca...

MINGGU 11 : JURNAL REFLEKSI

Salam Sejahtera..Salam 1 Malaysia...

Minggu ini adalah minggu terakhir untuk pembentangan kumpulan. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Banyak ilmu baru yang kita semua perolehi. MInggu ini tibalah giliran kumpulan Wayang kulit untuk membuat pembentangan.

Kami di pertontonkan dengan demo secara live persembahan wayang kulit. Sangat menarik kerana sebelum ini saya tidak pernah berpeluang untuk menonton wayang kulit. Terima kasih kepada kumpulan ini kerana mempersembahkan seni budaya yang unik ini.

Di Malaysia sahaja terdapat empat jenis persembahan wayang kulit iaitu Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa) dan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam). Kesemua empat jenis wayang kulit ini hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia.

Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana.

Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabratha dan cerita-cerita Panji. Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati.

Wayang Kulit Purwa terkenal di kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Ia menggunakan loghat Jawa.

Wayang Gedek terkenal di Kedah dan Perlis. Ia menggunakan loghat utara (kedah-Perlis). Dua watak utama ialah Etong dan Ekau. Wayang jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek.

Tok dalang, ialah orang yang memainkan wayang kulit dan menghafal semua cerita itu dan watak-watak yang ada. Tok Dalang juga memainkan semua watak dengan suara yang bereza. Malah, tok dalang juga harus menggerakkan patung tersebut dan menukar patung-patung lain. Patungnya diperbuat daripada kulit lembu atau kambing dan mempunyai rupa yang pelbagai mengikut watak-watak. Jika dulu ceritanya lebih kepada epik, tetapi sekarang lebih membawa isu semasa dan banyak diselitkan unsur-unsur jenaka.

Tahniah juga kepada kumpulan ini, kerana telah memberikan ilmu kepada kami...

Teruskan Membaca...

MINGGU 10 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk minggu ke 10 ini, terdapat 2 kumpulan yang akan membuat pembentangan selepas lama kita semua bercuti Hari raya..ianya adalah Nobat dan Muzik Orkestra Cina Moden (OCM).
Pembentangan di mulakan dengan kumpulan Nobat. Segala imput dan maklumat yang diperolehi adalah melaui kajian yang mereka buat. Setahu saya Nobat ini tidak boleh dimainkan secara sesuka hati kerana ia merupakan alat Di Raja. Saya begitu berminat untuk mengetahuinya dan kumpulan ini telah menerangkannya dengan jelas.

Nobat hanya terdapat di selangor, kedah dan perak sahaja. Setiap negeri mempunyai balai nobat sendiri dimana semua peralatan nobat disimpan disitu dan tidak boleh dibawa sesuka hati. Nobat dimainkan oleh orang Kalur di istana, dan hanya keturunan beliau yang terus memainkan nobat ini. Walaupun terdapat sedikit perbezaan nobat dari negeri-negeri yang berlainan, tetapi fungsinya tetap sama dan dimainkan di istana.

Kumpulan seterusnya pula menerangkan mengenai Muzik Orkestra Cina Moden(OCM). Setelah mendengar pembentangan kumpulan ini barulah saya ketahui bahawa wujudnya orkestra cina di Malaysia. Apa yang menarik,ahli kumpulan ini, dapat melihat dan merasai sendiri alat-alat muzik OCM ini kerana bunyi nya lain dari yang lain. walaupun hanya melihat video, tapi saya dapat merasakan keseronokan jika saya juga boleh berada di tempat mereka. Maklumat-maklumat baru seperti inilah yang patut di ketengahkan supaya ianya tidak terus di pinggirkan..

Tahniah untuk kedua-dua kumpulan...
Teruskan Membaca...

MINGGU 9 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Pembentangan di teruskan lagi dengan tajuk Mak yong. Tetapi sebelum pembentangan bermula, Dekan fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Prof Madya Dr Hassan dan beberapa orang staff telah membuat demo tentang cara untuk bermain, rebab, serunai, gong dan lain-lain lagi. Saya begitu teruja melihat persembahan tersebut. Di akhir kelas, sempat juga saya cuba untuk meniup serunai, terasa ingin belajar untuk meniup serunai dengan lebih serius kerana bagi saya ia merupakan alat yang unik.

Walaupun pembentangan kumpulan bermula agak lambat, tetapi kumpulan ini telah menarik minat kami semua dengan kami semua di ajar teknik untuk menari Mak yong. Memang pada awalnya rasa nak ketawa melihat rakan-rakan menari terutamanya pelajar lelaki, tapi inilah pengalaman baru buat saya kerana sebelum ini saya memang tidak pernah menari...

Terdapat 7 jenis persembahan Makyong yang pernah wujud. Setiap jenis persembahan Makyong mempunyai sedikit perbezaan yang membezakan di antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:-

  • Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.
  • Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu, Malaysia.
  • Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
  • Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).
  • Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.
  • Makyong Medan - ditemui di Medan, wilayah Sumatera Utara, Indonesia.
  • Makyong Kalimantan - ditemui di Kalimantan, Indonesia.
Ahli muzik terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah pemain rebab yang di kenali dengan nama Tok Minduk. Tok Minduk inilah yang akan menentukan tinggi rendah suara penyanyi Mak Yong berdasarkan geseran rebab. Tok Minduk adalah ketua dan pembimbing kumpulan muzik itu. Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dengan Tok Minduk duduk mengadap ke arah matahari jatuh. Ia memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 rentak yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Tok Minduk akan memberi isyarat untuk memulakan lagu, menukar lagu rentak dan segalanya berkaitan aspek muzik.

Tahniah kepada kumpulan ini kerana membuat pembentangan yang sungguh menarik, walaupun mereka semua berbangsa cina..Tahniah!!
Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

SMP2252redzuan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template