Saturday, October 30, 2010

MINGGU 11 : JURNAL REFLEKSI

Salam Sejahtera..Salam 1 Malaysia...

Minggu ini adalah minggu terakhir untuk pembentangan kumpulan. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Banyak ilmu baru yang kita semua perolehi. MInggu ini tibalah giliran kumpulan Wayang kulit untuk membuat pembentangan.

Kami di pertontonkan dengan demo secara live persembahan wayang kulit. Sangat menarik kerana sebelum ini saya tidak pernah berpeluang untuk menonton wayang kulit. Terima kasih kepada kumpulan ini kerana mempersembahkan seni budaya yang unik ini.

Di Malaysia sahaja terdapat empat jenis persembahan wayang kulit iaitu Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa) dan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam). Kesemua empat jenis wayang kulit ini hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia.

Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana.

Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabratha dan cerita-cerita Panji. Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati.

Wayang Kulit Purwa terkenal di kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Ia menggunakan loghat Jawa.

Wayang Gedek terkenal di Kedah dan Perlis. Ia menggunakan loghat utara (kedah-Perlis). Dua watak utama ialah Etong dan Ekau. Wayang jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek.

Tok dalang, ialah orang yang memainkan wayang kulit dan menghafal semua cerita itu dan watak-watak yang ada. Tok Dalang juga memainkan semua watak dengan suara yang bereza. Malah, tok dalang juga harus menggerakkan patung tersebut dan menukar patung-patung lain. Patungnya diperbuat daripada kulit lembu atau kambing dan mempunyai rupa yang pelbagai mengikut watak-watak. Jika dulu ceritanya lebih kepada epik, tetapi sekarang lebih membawa isu semasa dan banyak diselitkan unsur-unsur jenaka.

Tahniah juga kepada kumpulan ini, kerana telah memberikan ilmu kepada kami...

1 comments:

bancha on October 30, 2010 at 9:53 PM said...

Ringkas dan padat ulasan saudara. Saudara menyebut patung wayang gedek berpakaian moden, mengapa ini berlaku?

Post a Comment

 

Blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

SMP2252redzuan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template