Saturday, October 30, 2010

MINGGU 9 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Pembentangan di teruskan lagi dengan tajuk Mak yong. Tetapi sebelum pembentangan bermula, Dekan fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Prof Madya Dr Hassan dan beberapa orang staff telah membuat demo tentang cara untuk bermain, rebab, serunai, gong dan lain-lain lagi. Saya begitu teruja melihat persembahan tersebut. Di akhir kelas, sempat juga saya cuba untuk meniup serunai, terasa ingin belajar untuk meniup serunai dengan lebih serius kerana bagi saya ia merupakan alat yang unik.

Walaupun pembentangan kumpulan bermula agak lambat, tetapi kumpulan ini telah menarik minat kami semua dengan kami semua di ajar teknik untuk menari Mak yong. Memang pada awalnya rasa nak ketawa melihat rakan-rakan menari terutamanya pelajar lelaki, tapi inilah pengalaman baru buat saya kerana sebelum ini saya memang tidak pernah menari...

Terdapat 7 jenis persembahan Makyong yang pernah wujud. Setiap jenis persembahan Makyong mempunyai sedikit perbezaan yang membezakan di antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:-

  • Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.
  • Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu, Malaysia.
  • Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
  • Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).
  • Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.
  • Makyong Medan - ditemui di Medan, wilayah Sumatera Utara, Indonesia.
  • Makyong Kalimantan - ditemui di Kalimantan, Indonesia.
Ahli muzik terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah pemain rebab yang di kenali dengan nama Tok Minduk. Tok Minduk inilah yang akan menentukan tinggi rendah suara penyanyi Mak Yong berdasarkan geseran rebab. Tok Minduk adalah ketua dan pembimbing kumpulan muzik itu. Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dengan Tok Minduk duduk mengadap ke arah matahari jatuh. Ia memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 rentak yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Tok Minduk akan memberi isyarat untuk memulakan lagu, menukar lagu rentak dan segalanya berkaitan aspek muzik.

Tahniah kepada kumpulan ini kerana membuat pembentangan yang sungguh menarik, walaupun mereka semua berbangsa cina..Tahniah!!

5 comments:

SMP2252 SING YING on October 30, 2010 at 9:40 AM said...

Terima kasih kerana memberi kerjasama kepada kami. Kumpulan kami bukannya semua terdiri daripada bangsa cina, ada juga seorang pelajar lelaki melayu juga. =)

SMP2252redzuan on October 30, 2010 at 10:15 AM said...

owh, maafkan saya..tahniah kepada kumpulan kamu

bancha on October 30, 2010 at 9:49 PM said...

Haha..Azrul telah dilupakan..kajian lapangan yang bagus oleh kumpulan Makyong.

RK_nisa on October 30, 2010 at 11:40 PM said...

Makyong ini sangat unik.Saya sangat berminat dengan tajuk ini.

syafiqa on October 31, 2010 at 6:56 AM said...

saya ingin belajar menari mak yong..hehehe

Post a Comment

 

Blog pelajar kumpulan A

Blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

SMP2252redzuan Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template